Korban buruh Landasan Kereta Api Burma

Buruh tawanan perang dan korban daripadanya di Landasan Kereta Api Burma, 1942–1945[5][6]
WarganegaraBilangan tahananBilangan korbanKadar korban
British30,1316,904&&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023%
Belanda17,9902,782&&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015%
Australia13,0042,802&&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022%
Amerika Syarikat686133&&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019%
Jumlah61,81112,621&&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020%

Anggaran jumlah korban yang dikaitkan langsung dengan pembinaan landasan Burma berbeza-bezab bergantung kepada sumber asal. Anggara untuk korban buruh rōmusha dari Asia Tenggara mempunyai banyak beza, namun pihak berkuasa banyak bersetuju peratusan korban dalam kalangan rōmusha lebih tinggi daripada koraban tahanan perang. Jumlah buruh rōmusha yang bekerja membina landasan ini barangkalinya mencecah 300,000 dan bilangan korban yang berikutan dianggarkan setinggi 50 peratus.

Kualiti penjagaan perubatan merawat penyakit malaria, kolera, disentri dan terutamanya ulser tropika terhadap tahanan-tahanan perang ini sangat penting; seperti yang ditunjukkan dalam kesan penganggotaan doktor yang berpengalaman dalam sesebuah pasukan tentera terhadap kadar korban pasukan. Kebanyakan doktor Eropah dan Amerika kurang arif dan berpengalaman akan penyakit-penyakit tropik. Misalnya, satu pasukan Amerika Syarikat mengalami 100 kematian daripada 450 orang anggotanya. Satu lagi pasukan A.S yang diawasi seorang doktor Belanda yang arif akan perubatan tropikal, bernama Dr. Hekking, hanya mengalami 9 kematian daripada 190 anggota pasukan tersebut. Satu pasukan Belanda dengan 400 anggota termasuk tiga orang doktor berpengalaman mendalam mengenai penyakit tropikal langsung tiada anggota yang terkorban.[2]

Rujukan

WikiPedia: Landasan Kereta Api Burma http://dl.screenaustralia.gov.au/module/299/ http://www.mansell.com/pow_resources/camplists/dea... http://www.mansell.com/pow_resources/links.html http://www.theprisonerlist.com/the-film.html http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20074... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20171... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20171... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20350... http://www.roll-of-honour.org.uk/cemeteries/chungk... https://www.youtube.com/view_play_list?p=805426FED...